Jika Terbiasa Perkara Haram

, Jika Terbiasa Perkara Haram

Seorang lelaki bertanya kepada syeikh: “Wahai syeikh, aku telah lama menikah dan mempunyai anak-anak, tapi semenjak beberapa tahun ini, aku merasakan aku tidak lagi tertarik kepada isteriku.”

Syeikh balik bertanya: “Apakah isterimu berubah gemuk?”

Lelaki itu menjawab: “Tidak, dia kelihatan sama seperti dulu…”

Syeikh bertanya lagi: “Adakah dia terkena kecelakaan yang menyebabkan dia cacat?”

Si lelaki menjawab: “Tidak, dia masih kelihatan sama seperti dulu.”

Maka sang syeikh bertanya lagi : “Adakah kamu mempunyai kesukaran menundukkan pandanganmu kepada wanita-wanita yang berjalan di hadapanmu? Apakah kamu suka melihat hal-hal yang berbau porno?”

Lelaki itu menjawab jujur : “Ya… Bagaimana Syeikh tahu perkara tersebut?”

Syeikh berpesan: “Jika kamu melakukan perkara HARAM, suka kepada yang haram, tidur makan dan bernafas kepada perkara yang haram,  maka yang HALAL akan MENJADI MENJIJIKAN bagimu.” []

Artikel Terkait
Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.